Salam ceria semua sahabat-sahabat yang melawat dunia online bisnes ini. Terima kasih sebab melawat blog online bisnes ini. Saya pun baru belajar dan masih ingin memahami dunia online bisnes ini, bersama-samalah kita berkongsi pendapat dan pengalaman dalam dunia online bisnes ini, pastinya sahabat yang tengah melihat blog ini mesti tertanya-tanya, apakah itu online bisnes?. Apa yang saya fahami dalam dunia online bisnes ini ialah, perniagaan melalui internet dimana kita hanya iklankan perniagaan kita melalui internet. Seperti mana yang saya ketahui ada dua jenis perniagaan dalam online bisnes ini iaitu,
1) perniagaan yang mempunyai produk.
2) perniagaan yang tidak mempunyai produk.
Seperti mana yang kita lihat 1 & 2 jenis perniagaan ini, mesti ramai sahabat-sahabat yang sudah faham dan pernah melalui perniagaan yang saya maksudkan diatas, dan ada juga sahabat-sahabat yang baru menceburi dalam bidang antara dua tersebut. Ok hehe, mari kita sama-sama belajar, bagi saya:-
1) perniagaan yang mempunyai produk.
Seperti mana yang saya tahu, perniagaan yang mempunyai produk ini adalah sejenis keperluan yang kita boleh guna contohnya produk kecantikan, kesihatan, pakaian, jam tangan, dan lain-lain lagi yang kita ingin jual atau kita promosikan produk tersebut dalam dunia online bisnes melalui internet, biasanya dalam dunia internet zaman sekarang kita akan selalu melihat jualan online lansung melalui facebook atau dalam bahasa malaysianya muka buku hehe...mesti Semua orang tahu apa itu facebook kan? Facebook adalah laman social yang sedang hangat di arena zaman sekarang ini. Selain facebook yang kita tahu boleh mempromosikan produk tersebut, kita juga boleh ke mudah.com.my, lelong, blog tertentu dan banyak tempat lagi dalam dunia online bisnes di internet. Jadi apa yang saya maksudkan tadi adalah, sistem perniagaan jual beli produk di internet, contohnya si penjual mengiklankan produk dan produk tersebut dibeli oleh si pembeli online di internet juga. Apa yang perlu ada pada saya dan sahabat-sahabat semua, kita perlu berhati-hati menjadi pembeli dan paling penting perlu jujur dan amanah jika kita menjadi penjual di dunia online bisnes ini.
2) perniagaan yang tidak mempunyai produk.
Seperti mana yang kita lihat diatas, perniagaan yang tidak mempunyai produk, agak pelik ya hehe... Tapi perniagaan seperti ini juga sedang hangat di zaman dunia online bisnes sekarang ini. Apa yang saya fahami tentang perniagaan seperti ini adalah, perniagaan yang menggunakan system atau program yang direka oleh seorang pakar program dan system dalam dunia internet. Contoh yang saya tahu ialah pelaburan, multi level marketing, affiliate marketing, refferal marketing dan macam-macam lagi. Perniagaan seperti ini hanya menggeluarkan modal, ada juga keluar modal dan mencari rakan sertai program tersebut. Tapi jangan lupa perniagaan yang mempunyai produk juga ada sesetengah menggunakan system multi level marketing, affiliate dan refferal marketing juga. Jadi sesiapa yang berada dalam kategori perniagaan yang tidak mempunyai produk ini perlulah mengikuti system dan berkerjasama supaya dapat membina rangkaian lebih luas. Nasihat dari saya, berhati-hati mengikuti program seperti ini, carilah info sepenuhnya sebelum mengikuti program seperti ini. Mungkin sahabat-sahabat yang tengah membaca blog ini lebih berpengalaman dalam dunia online bisnes ini, bolehlah sharing diruang komen di bawa ya hehe... Cuma ini sahaja yang saya tahu dalam dunia online bisnes ini, betul atau salah yang saya sampaikan disini, sama-sama kita belajar ya... Yang betul kita jadikan panduan, kalau salah tolong betulkan hehe.. Semoga info yang saya sampaikan disini dapat memberi manfaat kepada sahabat-sahabat diluar sana lebih berjaya dalam apa juga bidang. Selamat maju jaya Semua.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan